Wednesday, April 19, 2017

Tuesday, April 11, 2017

Kursus Muslimah: Ketika Ramadan Bertamu


Ketika Ramadan Bertamu....

Kebiasaannya Muslimah ialah insan yang paling sibuk di bulan Ramadan. Dari memikirkan dan menyiapkan pelbagai menu makanan untuk sahur, berbuka puasa sehingga kepada kesibukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramadan yang menjadi bulan penuh ibadah, akhirnya menjadi bulan kesibukan menyediakan juadah. Ramadan yang juga menjadi bulan mendidik kesabaran dan menahan hawa nafsu, akhirnya menjadi bulan berbelanja mengikut keinginan bukan keperluan. 

Namun, mungkin masalah ini dapat diatasi andai para Muslimah dapat mengimbangi antara kesibukan dan melaksanakan amal ibadah di bulan Ramadan. Justeru, ilmu-ilmu berkaitan Muslimah di bulan Ramadan dapat membantu para Muslimah melalui bulan tersebut dengan lebih baik. 

Dengan itu, saya menjemput Muslimah sekalian untuk mendaftarkan diri di kursus persiapan Ramadan yang diadakan KHAS untuk MUSLIMAH, anjuran Masjid Maarof. Kursus ini akan diadakan selama 2 hari pada 20 dan 21 Mei 2017, jam 2-4 petang.

Yuran pendaftaran ialah sebanyak S$15.

Daftar segera kerana tempat adalah terhad.


Read More

Wednesday, April 5, 2017

Forum: "Bertuah Punya Anak"

Dari Aishah R.A, Rasulullah ﷺ bersabda: "Sebaik-baik orang diantara kamu adalah yang berbuat baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dikalangan kamu terhadap keluargaku." (HR Tirmizi)

Mendidik anak adalah suatu amanah dan tanggungjawab dari Allah yang tidak boleh diambil ringan. Namun, ibu-bapa juga memerlukan tunjuk ajar dan panduan dari mereka yang lebih berpengalaman untuk mengharungi ujian mendidik anak. Dari sirah insan mulia Rasulullah ﷺ juga, kita boleh mengambil pengajaran dalam cara-cara mendidik anak-anak.

Forum Prophetic Parenting ini bertujuan untuk memberi fokus kepada perkara berikut:
- “Parenting” bermula sebelum pernikahan
- Kepentingan berlaku adil kepada kesemua anak-anak
- Baktinya anak kepada kita kelak bergantung juga kepada baktinya kita terhadap orang tua kita

Forum ini akan diadakan pada Sabtu, 15 April 2017, selepas solat Isyak, di auditorium Masjid Al-Mukminin. Semua dipersilakan hadir.

#almukmininmosque #inspiringMukmin #almukmininThirty
Read More