Tuesday, March 28, 2017

Forum Bicara Iman

Bulan Rejab telah membuka tirainya. Ini bermakna kita bakal bertemu dengan Ramadhan tidak lama lagi. Justeru, bagaimanakah persiapan kita untuk bulan Ramadhan nanti? Dan persoalan yang boleh ditanyakan kepada diri kita:

"Mungkinkah Ramadan ini yang terakhir buatku?"

Ya, Persoalan ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam di Forum Bicara Iman anjuran Masjid Darul Ghufran. 

Oleh itu, ayuh bersama saya serta rakan panelis yang masyhur iaitu Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab serta moderator, Ustaz Ahmad Nafis Md. Roslan bagi bersama-sama mendengarkan perbincangan ilmiah ini pada hari Khamis, 30 Mac 2017, jam 8.00-9.30 malam di Singapore Expo, Dewan 6A.