Thursday, July 27, 2017

Wednesday, July 19, 2017

Kursus: Kenali Akarmu

Khas Buat Muslimah!
Darul Fiqh mempersembahkan Kenali Akarmu
'Wanita & Islam'
Bersama Ustazah Dr. Sakinah Saptu
Di Oditorium Aras 2, Masjid Al-Iman
Modul 1 : Rabu, 16, 23 & 30 Ogos 2017
Modul 2 : Rabu, 6.13 & 20 September 2017
Program ini dapat membuat wanita muslimah lebih menghargai diri serta memahami hukum-hakam berkenaan dengan isu-isu mereka.
Selain itu, kelas ini memberi mereka peluang untuk bertanya secara eksklusif tentang kemusykilan dan masalah wanita dalam agama.
Untuk pendaftaran, sila ke kaunter resepsi Masjid Al-Iman. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 6769 0770 atau email ke darulfiqh@aliman.mosque.org.sg
Read More

Kursus: Fiqh Dakwah Ummahatul Mukminin


= Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin =
Pengumuman Bagi Semua Yang Telah Berdaftar
Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin oleh Ustazah Dr Sakinah Saptu
Sesi Ke-4: Saudah Binti Zam’ah r.a
Assalamualaikum Wr Wb
Alhamdulillah, diingatkan kepada semua yang telah berdaftar,
program bersama Ustazah Dr Sakinah Saptu kembali bermula pada
*Isnin, 31 Julai 2017, Jam 8.30 malam.*
Dinasihatkan agar peserta dapat terus ke lantai 2 pada hari berkenaan.
Berikan tanda *hadir/tidak hadir* anda di link ini
---> http://tinyurl.com/FDMkehadiran

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti,
Pendaftaran baru boleh dibuat melalui link ini
---> http://tinyurl.com/fdmbaru

Terima kasih.
Wassalam.
Jabatan Dakwah

Read More

Wednesday, April 19, 2017

Tuesday, April 11, 2017

Kursus Muslimah: Ketika Ramadan Bertamu


Ketika Ramadan Bertamu....

Kebiasaannya Muslimah ialah insan yang paling sibuk di bulan Ramadan. Dari memikirkan dan menyiapkan pelbagai menu makanan untuk sahur, berbuka puasa sehingga kepada kesibukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramadan yang menjadi bulan penuh ibadah, akhirnya menjadi bulan kesibukan menyediakan juadah. Ramadan yang juga menjadi bulan mendidik kesabaran dan menahan hawa nafsu, akhirnya menjadi bulan berbelanja mengikut keinginan bukan keperluan. 

Namun, mungkin masalah ini dapat diatasi andai para Muslimah dapat mengimbangi antara kesibukan dan melaksanakan amal ibadah di bulan Ramadan. Justeru, ilmu-ilmu berkaitan Muslimah di bulan Ramadan dapat membantu para Muslimah melalui bulan tersebut dengan lebih baik. 

Dengan itu, saya menjemput Muslimah sekalian untuk mendaftarkan diri di kursus persiapan Ramadan yang diadakan KHAS untuk MUSLIMAH, anjuran Masjid Maarof. Kursus ini akan diadakan selama 2 hari pada 20 dan 21 Mei 2017, jam 2-4 petang.

Yuran pendaftaran ialah sebanyak S$15.

Daftar segera kerana tempat adalah terhad.


Read More

Wednesday, April 5, 2017

Forum: "Bertuah Punya Anak"

Dari Aishah R.A, Rasulullah ï·º bersabda: "Sebaik-baik orang diantara kamu adalah yang berbuat baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dikalangan kamu terhadap keluargaku." (HR Tirmizi)

Mendidik anak adalah suatu amanah dan tanggungjawab dari Allah yang tidak boleh diambil ringan. Namun, ibu-bapa juga memerlukan tunjuk ajar dan panduan dari mereka yang lebih berpengalaman untuk mengharungi ujian mendidik anak. Dari sirah insan mulia Rasulullah ï·º juga, kita boleh mengambil pengajaran dalam cara-cara mendidik anak-anak.

Forum Prophetic Parenting ini bertujuan untuk memberi fokus kepada perkara berikut:
- “Parenting” bermula sebelum pernikahan
- Kepentingan berlaku adil kepada kesemua anak-anak
- Baktinya anak kepada kita kelak bergantung juga kepada baktinya kita terhadap orang tua kita

Forum ini akan diadakan pada Sabtu, 15 April 2017, selepas solat Isyak, di auditorium Masjid Al-Mukminin. Semua dipersilakan hadir.

#almukmininmosque #inspiringMukmin #almukmininThirty
Read More

Tuesday, March 28, 2017

Forum Bicara Iman

Bulan Rejab telah membuka tirainya. Ini bermakna kita bakal bertemu dengan Ramadhan tidak lama lagi. Justeru, bagaimanakah persiapan kita untuk bulan Ramadhan nanti? Dan persoalan yang boleh ditanyakan kepada diri kita:

"Mungkinkah Ramadan ini yang terakhir buatku?"

Ya, Persoalan ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam di Forum Bicara Iman anjuran Masjid Darul Ghufran. 

Oleh itu, ayuh bersama saya serta rakan panelis yang masyhur iaitu Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab serta moderator, Ustaz Ahmad Nafis Md. Roslan bagi bersama-sama mendengarkan perbincangan ilmiah ini pada hari Khamis, 30 Mac 2017, jam 8.00-9.30 malam di Singapore Expo, Dewan 6A.


Read More

Friday, March 17, 2017

Bicara Muslimah: "Hijab atau Hijabista?"

Hijab atau Hijabista? ðŸ˜Š

Muslimah yang saya kasihi sekalian, anda ingin tahu tentang hijab dan perbincangannya menurut al-Quran dan al-Sunnah?

Mungkin anda pernah terfikir, adakah Muslimah dilarang untuk berhias dan mengikuti perkembangan fesyen? Atau anda musykil, adakah terdapat istilah 'fesyen Islamik'? 

Mungkin anda juga mempunyai banyak persoalan tentang tabarruj, pakaian berwarna-warni, niqab dan lain-lain?

Oleh itu, saya menjemput anda untuk menyertai siri bicara Muslimah yang dianjurkan oleh Masjid al-Amin. Bicara Muslimah ini akan diadakan pada 8 April 2017; jam 2-5 petang.

Yuran pendaftaran ialah S$15 dan anda boleh mendaftar di pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/1t0AHR_rApv_9m18WpoSulORB3EHp9Ayc20YK2qkBevo/viewform?edit_requested=true



Atau menghubungi terus Masjid al-Amin di talian: 62725309.

Daftar segera kerana tempat adalah terhad.

 ðŸ˜Š

Read More

Thursday, March 16, 2017

Forum: "Impian Remaja, Gelora Ibubapa"

Saya akan berada di Singapore Expo, Dewan 5B pada Sabtu (18 Mac 2017), jam 2 petang bagi majlis forum bertajuk: "Impian Remaja, Gelora Ibu bapa".

Forum anjuran Masjid al-Khair ini turut mengundang Ustazah Su'aidah Salim sebagai rakan panelis. 

Forum ini terbuka untuk semua dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Jika anda berkelapangan, jemput hadir bagi bersama-sama untuk meraih ilmu dari perbincangan tersebut.



Read More

Kuliah Dhuha Masjid al-Muttaqin


Atas permintaan ramai, Kuliah baru ini ditukar ke SETIAP HARI SABTU jam 9.30 pagi. 

Kuliah akan bermula pada 14 Januari 2016 bertempat di Masjid al-Muttaqin.

Semoga lebih ramai yang dapat meraih manfaat dari kuliah ini. 


Read More

Kuliah Dhuha Masjid Darul Ghufran


Muslimah yang saya kasihi, adakah anda sedang sakit hati? ðŸ˜Š

Sakit hati kerana disakiti atau sakit hati kerana menyakiti? Atau mungkin anda sendiri tidak pasti, mengapa anda sakit hati?
Ketahuilah, sakit hati itu adalah punca anda tidak bahagia. Ia akan menyebabkan hati penuh dengan dengki dan akhirnya anda jauh dari Allah s.w.t yang maha mengasihi dan mengasihani.
Atas dasar itu, saya ingin menjemput Muslimah yang saya kasihi sekalian, menghadiri kuliah mingguan ini untuk bersama-sama saya membincangkan tentang penyakit hati dan seterusnya merawat hati agar kekal bahagia. ðŸ˜Š
Kuliah ini akan diadakan setiap hari Rabu bermula 15 Februari 2017 dari jam 10.00 hingga 11.30 pagi di Masjid Darul Ghufran.
Insya Allah, jumpa anda di sana! 
Read More

Kuliah Dhuha Masjid Assyafaah

Kuliah 'Syarah Hadith Sahih untuk Muslimah' di Masjid Assyafaah akan diadakan setiap hari Selasa dan bermula pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari. Semua Muslimah dijemput hadir.



Read More

Thursday, March 9, 2017

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP: Kuliah Fiqh Dakwah Ummahatul Mukminin

Muslimah yang dikasihi sekalian, ambillah inspirasi dakwah dari Ummahatul Mukminin. Mereka ialah wanita-wanita solehah yang hidup di samping baginda Nabi s.a.w. Mereka dididik dalam persekitaran wahyu (al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w), justeru metode dakwah yang mereka jalankan ialah berasaskan wahyu itu juga.
Muslimah, saya tahu kalian suka kepada kebaikan. Semangat kalian untuk mengajak orang lain kepada kebaikan ialah sikap yang amat terpuji. Namun, mungkin cara kalian agak tersasar. Tatkala menegur, ada yang disakiti hatinya. Ketika mengajak berbuat baik, ada pula yang tersinggung jiwanya. Apabila kalian menyatakan kebenaran, di situ berlaku pula kekerasan dan paksaan; akibatnya orang lain berjauh hati pula.
Oleh itu, saya mengajak Muslimah yang saya kasihi sekalian, untuk menghadiri kursus Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin ini. Kursus ini akan mengenengahkan metode dakwah yang digunakan oleh Ummahatul Mukminin. Ia juga akan meninjau keperibadian mereka dalam rumah Nabi s.a.w serta keterlibatan mereka dalam hadis-hadis Nabi s.a.w.
Ayuh bersama saya dalam kursus yang akan diadakan setiap hari Isnin, sebagaimana tarikh-tarikh yang tertera di poster berikut. Jangan lepaskan peluang ini.
Daftar segera kerana tempat terhad.


Read More

Wednesday, March 8, 2017