Thursday, March 9, 2017

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP: Kuliah Fiqh Dakwah Ummahatul Mukminin

Muslimah yang dikasihi sekalian, ambillah inspirasi dakwah dari Ummahatul Mukminin. Mereka ialah wanita-wanita solehah yang hidup di samping baginda Nabi s.a.w. Mereka dididik dalam persekitaran wahyu (al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w), justeru metode dakwah yang mereka jalankan ialah berasaskan wahyu itu juga.
Muslimah, saya tahu kalian suka kepada kebaikan. Semangat kalian untuk mengajak orang lain kepada kebaikan ialah sikap yang amat terpuji. Namun, mungkin cara kalian agak tersasar. Tatkala menegur, ada yang disakiti hatinya. Ketika mengajak berbuat baik, ada pula yang tersinggung jiwanya. Apabila kalian menyatakan kebenaran, di situ berlaku pula kekerasan dan paksaan; akibatnya orang lain berjauh hati pula.
Oleh itu, saya mengajak Muslimah yang saya kasihi sekalian, untuk menghadiri kursus Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin ini. Kursus ini akan mengenengahkan metode dakwah yang digunakan oleh Ummahatul Mukminin. Ia juga akan meninjau keperibadian mereka dalam rumah Nabi s.a.w serta keterlibatan mereka dalam hadis-hadis Nabi s.a.w.
Ayuh bersama saya dalam kursus yang akan diadakan setiap hari Isnin, sebagaimana tarikh-tarikh yang tertera di poster berikut. Jangan lepaskan peluang ini.
Daftar segera kerana tempat terhad.