Muslimah yang saya kasihi, adakah anda sedang sakit hati? 😊
Sakit hati kerana disakiti atau sakit hati kerana menyakiti? Atau mungkin anda sendiri tidak pasti, mengapa anda sakit hati?
Ketahuilah, sakit hati itu adalah punca anda tidak bahagia. Ia akan menyebabkan hati penuh dengan dengki dan akhirnya anda jauh dari Allah s.w.t yang maha mengasihi dan mengasihani.
Atas dasar itu, saya ingin menjemput Muslimah yang saya kasihi sekalian, menghadiri kuliah mingguan ini untuk bersama-sama saya membincangkan tentang penyakit hati dan seterusnya merawat hati agar kekal bahagia. 😊
Kuliah ini akan diadakan setiap hari Rabu bermula 15 Februari 2017 dari jam 10.00 hingga 11.30 pagi di Masjid Darul Ghufran.
Insya Allah, jumpa anda di sana! ❤
❤❤